Tuesday, December 24, 2013

Set Kesuburan Shaklee; Rahsia Kehamilan setelah 2 tahun menanti SS Junior!


Assalamualaikum!

Berkobar-kobar saya nak kongsikan Set Kesuburan Shaklee bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Kadang-kadang kita rasa tubuh badan kita normal, tiada sakit demam atau masalah kesuburan. Namun setiap hari kita terdedah dengan persekitaran kerja yang tak boleh lari dengan tekanan, asap rokok, udara yang menyesakkan, lesu, letih yang menyumbang kepada kemerosotan kesihatan sedikit-demi sedikit.. Apapun, teruskan usaha, jangan putus asa .Yakinilah akan bantuan dan pertolongan Allah kepada hamba-hambaNYA yang tak jemu berusaha, insyaallah amin…..Set yang saya dan suami guna seperti di bawah:



Khasiat :-

B-Complex : Memberi tenaga setelah penat bekerja, lebih-lebih lagi untuk bersama suami/isteri, mengurangkan stress, menghindari sakit-sakit kepala/migraine

Vit C : Bertindak sebagai antibody tubuh yang menguatkan system pertahanan badan, antioksidan , merangsang kolagen

Vita-Lea : Membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu

GLA Complex: Membantu stabilkan pusingan haid, stabilkan hormon, melegakan kesakitan semasa haid,agen kesuburan

Vitamin E Complex : Membantu masalah kekurangan sperma, memekatkan air mani, membantu menghasilkan sperma yang berkualiti & aktif!

Zinc Complex: Membantu menghasilkan sperma yang sihat, berkualiti dan jangka hayat lebih lama dalam uterus isteri.

Alfalfa Complex: Membantu kesihatan dalaman wanita, membantu menghangatkan hubungan intim suami isteri. (Waktu saya dulu, saya x sempat consume alfalfa ni, skrg saya ambil sebagai milk booster untuk breastfeed )

Alhamdulillah, ianya memang membantu usaha kami mendapatkan cahaya mata yang diidamkan ^_^.  Tanggal 22 Oktober 2013, dengan izinNYA, saya selamat melahirkan Muhammad Imran Shauqi di Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh seberat 3.2kg diusia kandungan 38 minggu. Saya berpantang di Ipoh, my hometown. Dan yang paling best, mak saya sendiri cadangkan Set Pantang Shaklee pada saya, padahal memang saya dah plan pun..huhuhu....Saya akan berkongsi testimony saya sendiri sebagai pengguna Set Pantang Shaklee dalam entri yang lain. Dah terbukti manfaatnya, baik terus konsisten gunakan Shaklee untuk sesi berpantang , ye dak!

Terdapat juga Set Bajet bagi Set Kesuburan ni. Jangan tunggu lagi. Mana tahu rezeqi anda pula membelai dan bermanja dengan kecomelan cahaya mata yang dinanti.

Saya amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan tips. Berminat, PM saya, ^_^ !

Usaha + Ikhtiar + Tawakkal + Berdoa = ^_^


Mesti berminat kan?
 
PM/SMS/Call/Whatsup saya : 0124377941
FB: Nor Asyikin Abu Hassan
Saya Pengedar Sah Shaklee Anda : 1069061




 







Monday, December 23, 2013

Nak Hamil, kena Subur


Assalamualaikum

Pengambilan supplemen Shaklee  pertama kali bermula denga Set Kesuburan. Waktu tu saya hubungi rakan seperkuliahan saya waktu sama-sama di UIA dulu (SID Shaklee di Kelantan) , dia yang maklumkan pada saya tentang set ini.

Kenapa saya guna Set Kesuburan ni? Saya dan suami tak subur ke? Huhu soalan macam panasss jerrr...

Nak cerita sikit. Hampir genap usia  setahun perkahwinan kami di akhir 2011, saya disahkan hamil. Menghampiri bulan 2 kandungan, saya keguguran. Waktu tu saya outstation di Kulim. Mujur emak temankan. Sedihhhh gilerrrrr.....memang saya dan suami mengharapkan zuriat, maklum saja masing-masing dah mencecah usia 30an.

Lepas dari keguguran tu, saya dan suami nekad berusaha untuk mendapatkan zuriat . Saya pula berpeluang mengerjakan umrah awal 2012,mengambil peluang ini berdoa dan berdoa sepenuh hati moga Allah restu niat kami berdua agar dikurniakan cahaya mata. Macam-macam produk dicuba. Ada sesetengah produk makanan yang en suami tak boleh ‘pegi’ nak ambil setiap hari.  Dia paling tak suka minum susu berasaskan tepung dan juga tak suka minumannya ditokok tambah dengan benda lain. Hmm kalau macam ni susahlah kan……aper pon tak boleh :p

 Pertengahan 2012, saya mencuba Set Subur Shaklee bagi suami dan isteri. Mujur dia ok dengan pengambilan supplemen. Pada masa yang sama, kami turut membuat pemeriksaan dengan O&G di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi. Alhamdulillah, kami normal, mungkin belum rezeqi. Dr. juga tiada halangan bagi kami meneruskan supplement Shaklee yang diambil. Usaha, doa dan komited follow up appointment dengan O&G, Alhamdulillah, saya disahkan hamil dalam Februari 2013.  

Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Yang penting usaha+tawakkal+doa tanpa jemu.

Apa yang terkandung dalam Set Subur Shaklee? Saya akan berkongsi dengan anda dalam entri yang baru. =)