Sunday, February 23, 2014

Perkongsian: FLAT/INVERTED NIPPLE bukan ALASAN untuk tidak susukan bayi anda


Assalamualaikum dan Salam Ceria to All readers!

Saya nak berkongsi pengalaman saya dalam dunia menyusu badan (Breast Feed – BF)  yang mungkin agak setahun jagung berbanding ibu-ibu di luar sana yang sudah berpengalaman dengan anak ke-2,3, dan seterusnya. Saya Ummi kepada Imran yang baru mencecah 4 bulan, Alhamdulillah.
 


Saya pernah ditanya, "Awak BF exclusively ke? " Jawab saya dengan jujur ,dalam sebulan tu,95% saya BF anak, lagi 5% tu saya campur susu formula, terutama sebagai back up di kala kecemasan di nursery. Saya akan pastikan stok susu Imran mencukupi.
Ada juga yang sinis menegur, “La, sibuk mencanang suplemen bagi tambah susu badan, diri sendiri pun tak EXCLUSIVE susukan anak” . Saya senyum. Saya cuma balas “Alhamdulillah rezqi anak saya kak walaupun tak 100%, lebih baik ada dari langsung tak bagi.”
Yang paling mengguriskan hati, pada suatu petang sebelum pulang “ Ish, ish, banyak itu saja yang dapat dari tadi dok pam….” Saya senyum . Itu dah saat-saat akhir saya pam sebelum balik rumah, menghabiskan saki baki susu yang saya dah pam sebelumnya lebih kurang 2 jam yang lepas. Dapat dalam 5oz. Alhamdulillah.
Saya anggap teguran dan pandangan itu galakan untuk saya tidak berputus asa dalam memberikan susu badan kepada Imran. Saya kenal dan tahu ragam dan bahasa tubuh  badan diri sendiri. Setiap insan punyai komposisi tubuh badan yang unik pastinya berbeza antara satu sama lain. Jadi buat apa saya nak rasa ‘Down’ atau 'Stress' atau berhasad dengki dengan insan-insan seperti itu. They have no idea what I’ve gone thru before.

Imran seawal hari pertama kelahirannya secara normal, dia telah diberikan susu formula. Ini kerana umminya tiada susu badan waktu itu. Ibu mana tak rasa sedih mahupun kecewa dikala teruja bergelar ibu buat kali pertama, tidak mampu memberi susu badan walaupun setitik ketika itu. Hal ini berlanjutan keesokkannya , lusa, tulat……. Dalam saya kuatkan semangat, saya curi-curi menangis. Huhu.
Salah satu ‘nipple’ saya inverted. Sewaktu menjengah trimester ke-2, Mak tak jemu-jemu nasihat sentiasa urut dan massage perlahan-lahan kedua-dua Cik B (buah dada) dan sekali sekala cuci dengan kapas bersih denga menggunakan air suam; untuk merangsang urat saraf Cik B bagi pengeluaran susu. Tapi saya endah tak endah sahaja.

Hari ke-2 berpantang, mak bagitahu, ‘Kamu bagi je Imran susu badan, walaupun takde susu tapi at least hisapan bayi merangsang untuk nipple dan susu tu keluar. Jangan silap, bayi bukan hisap puting semata, pastikan mulut dia melekap di kawasan aerola.Ini sebenarnya cara yang betul’.
Kali ni saya menurut perintah mak. Mak pesara kakitangan kesihatan walaupun sebagai Ketua Jururawat di Hospital Psikiatri, tapi mak ada ikuti kursus perbidanan sewaktu awal pengajiannya dan pernah mempunyai lesen perbidanan untuk menyambut kelahiran bayi. Walaupun dah lama tinggal, tapi mak masih ingat do’s and don’t’s ketika berpantang lebih2 lagi bab BF ni. Walaupun saya ada buat research, google sana sini kumpul maklumat dan pengetahuan tapi bila di situasi sebenar, saya macam 'Lost'. Saya tak mahu ambil ringan buat kali ke-2. Lesson learned!

Mak pesan “ Akak tak perlu stress atau tension sebab tak dapat susukan Imran. Setiap masalah ada cara selesai. Tuamkan kain lembap yang suam kat CIk B lepas mandi. Urut inverted tu perlahan2 supaya ia keluar tapi jangan kuat2. Buat selalu selepas mandi dan sentiasa positif dan yakin Akak dapat susukan Imran jugak nanti. Esok gi KK untuk check up, jangan lupa consult doctor atau nurse kat situ, diorang mesti akan tolong akak bagi nasihat dalam BF ni.”

Memang betul cakap Mak, seorang staffnurse bagi syringe untuk mengatasi masalah inverted nipple ni. Alhamdulillah alat tu sangat membantu. Kenapalah saya tak tahu awal-awal lagi?Sedikit kesalan di situ.
Boleh ke link ni untuk penggunaan  syringe yang betul. http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2011/10/flat-inverted-nipples.

Saya berurut hari ke-3 dan ke-4 berturut-turut. Petang hari ke-5 , saya mandi air suam herba yang mak sediakan. Sambil keringkan badan dengan tuala, tiba-tiba Cik B saya mengeras dan air susu keluar setitis demi setitis, dalam penuh rasa syukur, air mata saya pun menitis. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!

Bermulalah perjalanan BF saya diusia Imran 6 hari.Wah, hampir seminggu tu! Emak tak jemu-jemu membimbing cara BF yang betul supaya Ummi dan Imran selesa ketika proses menyusu. Dikala diri menjadi seorang ibu pun, emak sentiasa disisi memberi tunjuk ajar dan sabar melayan karenah 2 orang anaknya yang sesi pantangnya berturut-turut; sebulan selepas adik saya habis pantang, saya pula menyusul. J

Saya mengamalkan Set Pantang Shaklee pun atas nasihat emak. Sebelum tu saya sendiri pun ada terfikir perkara yang sama. Alhamdulillah, jujur saya katakan badan saya bertenaga sepanjang berpantang, yang penting kena disiplin mengambil suplemen mengikut jadual yang diberikan.

Syukur, kini saya  dapatkan susukan Imran seperti ibu-ibu yang lain. Selesai satu masalah, timbul pula satu isu, nak banyakkan susu. Saya akan sambung pengalaman dan perkongsian ini di entri yang berikutnya.

Kepada bakal-bakal ibu yang mengalami inverted/flat nipple, antara tips berguna yang ingin dikongsikan di sini :-

1.       Sekali sehari selepas mandi, massage (urut nipple dari dalam ke luar dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk) dan tuamkan kain basah yang suam pada Cik B , seawal trimester 1. Lakukan dengan perlahan-lahan dan relax.  Rasa suam panas dapat menggalakkan aliran darah di Cik B , membuka dan memudahkan laluan susu.

2.       Dapatkan syringe di klinik ibu dan anak atau farmasi bagi memudahkan proses untuk ‘keluarkan’ inverted/flat nipple.

3.       Boleh juga gunakan pump elektrik untuk menimbulkan puting.

4.       Jangan pandang remeh ‘Berurut selepas bersalin’ . Kalau boleh berurutlah 3 hari berturut-turut. Pilih Makcik Urut yang berpengalaman mengurut untuk membantu masalah susu badan tak keluar mahupun bengkak susu. Badan ibu selepas bersalin sangat lemah, urut dapat melegakan urat saraf , memberi rasa ‘relax’ pada ibu dan yang penting melancarkan peredaran darah seluruh tubuh badan.

5.       Bertungku dengan kerap, mempercepatkan kecutan Rahim dan pengeluaran darah nifas. Badan yang lebih bertenaga turut menyumbang ke arah pengeluaran susu badan.

6.       Sentiasa positif dan yakin akan kemampuan diri untuk menyusukan anak nanti. Bayangkan yang kita sedang menyusukan bayi. INSYAALLAH semangat ini adalah motivasi kuat untuk ibu merealisasikan impian murni ini.

7.       Seperti yang mak saya tegaskan INVERTED/FLAT NIPPLE bukan ALASAN untuk tidak menyusukan bayi. HENDAK 1000 DAYA & PILIHAN DI TANGAN ANDA.

Penting: Andai kata ibu-ibu di luar sana yang mengalami nasib yang sama seperti saya iaitu tidak dapat susukan bayi seawal kelahirannya, jangan gusar, jangan stress2 atau tension. Percaya dan yakin, masalah ini boleh diatasi. Yang penting, berusaha dan jangan putus asa. Rezeki bayi tidak ke mana, sebab si ibu pasti berusaha kan kan! ;)

Cerita di atas adalah perkongsian pengalaman saya yang saya alami pada tika itu. Cara dan bagaimana masalah diselesaikan mungkin berbeza pada setiap individu. Harap entri ini dapat memberi inspirasi dan kesedaran kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan cahaya mata berkenaan dengan isu inverted/flat nipple ini. Moga kita semua perolehi keberkatanNya, amin.
 

PM/SMS/Call/Whatsup saya : 0124377941
FB Page: Vitas4All
Saya Pengedar Sah Shaklee Anda : 1069061
COD Area : Bukit Jalil, Sri Petaling, Cyberjaya, Putrajaya & Bandar Kinrara

 

 

 

 

 

Wednesday, February 5, 2014

Vivix Shaklee : Hadiah bermakna buat Mak & Abah ^_^ . P

Assalamualaikum,

Bulan lepas,saya ada belikan Vivix untuk mak cuba. Mak pula sembunyi2 simpan Vivix dalam peti ais stok susu adik bahagian chiller, tapi abah dapat hidu persembunyian itu. Makanya, abah pun turut serta mencuba Vivix . Mak whatsup sy bagitahu abah makan Vivix jugak, saya hanya senyum dari kejauhan sambil mendoakan moga kedua orang tua saya perolehi manfaatnya.

Lebih kurang 2 minggu, di pejabat, saya teringat nak sms abah bertanyakan khabar........

Wah, abah siap tulis enjoy beli-belah di Mydin Meru lagi..yang paling best abah nak beli lagi siap inform nak harga dealer..kikikiki....ala, abah dan mak tersayang, akak belikan untuk mak abah..dont worry k...pemberian yang seciput ini tidak tertanding dengan jasa mak abah sejak akak dalam rahim lagi. Tiada yang lebih bahagia bila kedua orang tua sihat melakukan aktiviti kegemaran..salah satunya shopping barang dapur...uhuhuhuh....^_^


Apa Vivix ni ?
Satu minuman campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh.

Kebaikan Vivix?
Mencegah penuaan di peringkat selular
Menyokong kesihatan sendi
Meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian
Membantu mengurangkan risiko dari penyakit kencing manis, gout, 

Cara Pengambilan
1 sudu teh sekali setiap hari selepas sarapan. Ikut sukatan, jangan nak lebih-lebih pulakk..;p

Cara Penyimpanan
Simpan dalam peti ais tapi bukan di bahagian sejuk beku, nanti jadi aiskrim pulakkkk ;p

Nota kaki: Ibu mengandung /Ibu yang Menyusukan Bayi tidak boleh ambil Vivix tau...tapi jangan risau Set Hamil, dan Set Pantang boleh diteruskan pengambilan untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan...;)

Berapa lama sebotol Vivix boleh bertahan? 
Kalau makan ikut sukatan bagi seorang individu boleh tahan hingga 2 bulan...


Harga Vivix, berapa ye?
Vivix dirumuskan dari bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal, esklusif penemuan Shaklee yang semulajadi. Sebotol beharga RM475.  Wow, boleh tahan ek harga. Tapi percayalah, berbaloi-baloi dengan khasiatnya. Cuba dulu, baru tahu khasiatnya. Itu harga runcit, kalau kawan-kawan semua nak diskaun, boleh hubungi /whatsup/ saya (EKin) di 0124377941.


Untuk anda juga
PM/SMS/Call/Whatsup saya : 0124377941
FB: Nor Asyikin Abu Hassan
Saya Pengedar Sah Shaklee Anda : 1069061
COD Area : Bukit Jalil, Sri Petaling, Cyberjaya, Bandar Kinrara,Dengkil,Putrajaya