Wednesday, March 19, 2014

Perkongsian : Kenali Jaundis #1


Apa itu Jaundis?
Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata & kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa yang menyebabkan jaundis?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak be berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang bagaimanakah sering mendapat jaundis?
·         Bayi Pramatang

·         Bayi yang mengalami infeksi

·         Bayi kekurangan G6PD

·         Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya

o   Ibu mengalami Rhesus Negatif (Rh-Ve)

o   Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis berbahaya?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?

·         Apabila bayi anda mengalami

·         Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan

·         Jaundis mencapai sehingga paras bawah pusat

·         Kurang aktif, tidak sihat atau demam

·         Enggan menyusu

·         Mengalami kekejangan

·         Jaundis berterusan melebihi 14 hari

·         Najis bayi pucat atau air kencing bewarna the

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?

·         Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran

·         Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi

·         Elakkan menjemur bayi di bawah cahaya matahari

·         Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi

 Rawatan Fototerapi di hospital

Apakah masalah jangka panjang daripada jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:

·         Masalah pendengaran

·         Masalah pembelajaran

·         Kecacatan Intelektual

·         Palsi serebrum

(Sumber dari pamphlet Kementerian Kesihatan Malaysia)

0 comments:

Post a Comment